JZ2000 : Projek Penerbitan Multimedia
http://jz2000.iwarp.com/penerbitan...................................................................... Senarai Buku


Kandungan Cakera Padat (CD-ROM)

Selain dari program utama iaitu tutorial video interaktif, CD-ROM iringan juga mengandungi semua fail sumber yang boleh digunakan bagi tujuan rujukan dan juga latihan. Selain dari itu, ia turut mengandungi contoh bahan dari buku Macromedia Authorware 6 siri-siri yang lain sebagai rujukan tambahan untuk pembaca. Perisian sokongan iaitu Acrobat Reader dan TechSmith Screen Capture Codec (TSCC) juga turut disediakan sama bagi membolehkan para pengguna memainkan aplikasi dengan lebih berkesan.

Semua fail boleh dicapai di dalam direktori masing-masing di dalam cakera padat seperti yang berikut :

Direktori Video :
Direktori ini mengandungi semua tutorial video yang boleh dimainkan terus dengan menggunakan perisian pemain video yang biasa (contohnya: Windows Media Player dan sebagainya). Namun demikian anda digalakkan memainkan ia terus menerusi aplikasi tutorial video interaktif yang disediakan.

Direktori Contoh :
Direktori ini mengandungi contoh bab dari setiap buku Macromedia Authorware 6 : Siri 1, Siri 2 dan Siri 3. Ianya disimpan dalam format Acrobat (.pdf).

Direktori Fail Sumber :
Direktori ini mengandungi semua fail yang telah dihasilkan menerusi latihan kerja di dalam buku Macromedia Authorware 6 : Pengenalan kepada Fungsi dan Pembolehubah (Siri 2).

Direktori Installasi :
Direktori ini mengandungi fail installasi bagi perisian Acrobat Reader (acrb32.exe) yang diperlukan bagi membaca contoh bab serta fail installasi codec video : TechSmith Screen Capture Codec (tscc.exe) yang diperlukan bagi membolehkan video tutorial dimainkan.

Tutorial Video Interaktif

CD-ROM iringan yang disediakan mengandungi tutorial dalam format video digital dengan suara latar serta grafik yang mengiringinya. Ianya akan memaparkan secara audio-visual setiap proses kerja yang berkaitan dengan setiap projek yang telah disediakan dalam bentuk cetakan.

Berikut merupakan skrin-skrin utama bagi aplikasi tutorial video interaktif tersebut :

Skrin Pengenalan
Menerusi skrin ini, pengguna baru boleh melakukan proses installasi codec video yang diperlukan. Ini bagi memastikan paparan video tutorial boleh dipersembahkan kepada pengguna tanpa sebarang masalah. Pengguna juga boleh terus memainkan tutorial dengan menekan butang Mula yang disediakan.

Menu Utama Mengikut Bab
Menerusi skrin ini, pengguna boleh memilih tutorial yang ingin diikuti. Ianya disusun mengikut bab yang setara dengannya di dalam buku ini. Setiap bab mengandungi di antara 2 hingga 11 klip video (68 video keseluruhannya).

Menu Pilihan Video
Menerusi skrin ini pula, pengguna boleh memilih tutorial video yang ingin diikuti berdasarkan tajuk yang disediakan di dalam setiap bab.

Skrin Paparan Tutorial Video Interaktif
Menerusi skrin ini, pengguna boleh mengikuti tutorial yang dipersembahkan dalam format video interaktif (dengan suara latar).

Skrin Bantuan
Skrin ini memaparkan kepada pengguna panduan menggunakan aplikasi serta bagaimana untuk mengawal perjalanan tutorial video yang disediakan.

Skrin Maklumat Tambahan
Skrin ini menerangkan secara ringkas mengenai buku Macromedia Authorware 6 : Siri 1, Siri 2 dan Siri 3. Selain dari itu, senarai isi kandungan serta pautan kepada contoh bab bagi setiap buku turut disediakan di skrin ini.

Pilihan Menu Tambahan
Pilihan menu tambahan dalam bentuk menu tarik ke bawah (pull down menu) turut disediakan di dalam aplikasi tutorial ini.

Antara pilihan menu yang disediakan bagi sokongan pengguna ialah :

Fail : membolehkan pengguna memilih arahan untuk keluar atau menamatkan aplikasi.
Menu :membolehkan capaian kepada setiap bab di dalam tutorial dilaksanakan secara terus.
Bantuan : menyediakan panduan bagaimana untuk menggunakan tutorial serta elemen di dalamnya.
Buku : menyediakan penerangan mengenai buku Macromedia Authorware 6 : Siri 1, Siri 2 dan Siri 3. Contoh bab bagi setiap buku turut disediakan pautannya di sini.
Installasi Perisian : menyediakan pilihan yang membolehkan pengguna melakukan proses installasi perisian sokongan seperti perisian Acrobat Reader dan perisian codec TSCC.
Penghargaan : menyediakan maklumat tambahan mengenai buku dan CD-ROM iringan serta tenaga kerja yang terlibat di dalam proses penghasilannya.
Hakcipta : maklumat mengenai hakcipta CD-ROM dan juga buku. Pautan terus ke halaman web penulis dan penerbit turut disediakan di sini.