Keterangan
Ringkas
Macromedia
Flash merupakan perisian multimedia yang digunakan khususnya bagi
membina grafik, animasi dan seterusnya sebuah halaman web yang
lengkap sepenuhnya. Ianya kini telah diterima sebagai peneraju
utama dalam bidang pembangunan halaman web dan aplikasi multimedia
yang lebih menarik, dinamik serta interaktif.
Buku Macromedia
Flash 5 : Konsep dan Asas Penggunaan (Siri 1) ini ditulis
khasnya bagi anda yang berminat dalam pembangunan halaman web
berasaskan multimedia interaktif menggunakan Macromedia Flash.
Ianya menerangkan dengan jelas setiap konsep utama dan asas penggunaan
yang perlu difahami dan seterusnya dikuasai oleh seseorang sebelum
boleh menggunakan perisian Macromedia Flash dengan lebih berkesan.
Ini seterusnya membolehkan sebuah halaman web yang mempunyai ciri-ciri
dinamik serta interaktiviti pada aras yang lebih tinggi dapat
dihasilkan. Dengan penerangan konsep dan teori yang jelas serta
disusuli dengan arahan kerja yang dibimbing langkah demi langkah
adalah diyakini bahawa perisian Macromedia Flash dapat dikuasai
dalam tempoh masa yang singkat.
Isi
Kandungan
BAB 1
Macromedia Flash dan Pembangunan Aplikasi Multimedia Interaktif
BAB 2
Persekitaran Kerja & Antaramuka Macromedia Flash
BAB 3
Penggunaan Timeline & Layer
BAB 4
Bekerja dengan Teks
BAB 5
Asas Penghasilan Grafik
BAB 6
Penggunaan Symbol, Instance & Library
BAB 7
Asas Pembinaan Animasi
BAB 8
Penggunaan Audio dalam Persembahan
BAB 9
Asas Interaktiviti : Penyediaan Sistem Navigasi
BAB 10
Interaktiviti : Menggunakan ActionScript
BAB 11
Penyebaran Aplikasi Flash
|