Keterangan
Ringkas
Buku Macromedia
Flash 5 : Grafik dan Animasi Digital (Siri 2) ini merupakan
buku siri kedua dari tiga siri keseluruhan yang ada. Ianya ditulis
bagi membimbing para pembaca untuk memahami, mendalami dan seterusnya
menguasai perisian Macromedia Flash 5 khususnya dalam penghasilan
grafik dan animasi digital. Para pembaca akan dibimbing bagi menghasil,
meminda serta memanipulasi imej dan juga animasi khasnya bagi
kegunaan dalam pembangunan halaman web dan aplikasi multimedia
interaktif.
Penerangan
yang jelas disampaikan bagi setiap konsep yang perlu difahami
serta dibantu dengan ilustrasi dan paparan imej yang berkaitan.
Setiap latihan kerja pula dibimbing secara visual menerusi pendekatan
langkah demi langkah bagi mengukuhkan lagi kefahaman seseorang
pembaca. Penekanan juga diberikan dari masa ke semasa terhadap
aspek-aspek utama berkaitan dengan grafik dan animasi digital.
Ini bagi memastikan pembaca benar-benar faham bukan sahaja dari
aspek praktikal tetapi juga dari aspek teori dan konsep utama
disebaliknya.
Isi
Kandungan
Bab 01
Asas Pembinaan Grafik
Bab 02
Asas Mewarna dan Meminda Objek
Bab 03
Membina Objek Ringkas
Bab 04
Proses Mengubahsuai Imej
Bab 05
Membina Sistem Navigasi dan Antaramuka Halaman Web
Bab 06
Asas Penghasilan Animasi
Bab 07
Animasi Teks : Asas
Bab 08
Animasi Teks : Lanjutan
Bab 09
Konsep Mask dalam Penghasilan Animasi
Bab 10
Animasi Pertindihan Imej
Bab 11
Animasi Pembentukan Objek
Bab 12
Pengintegrasian Animasi di dalam Pembangunan Halaman Web
Bab 13
Penyebaran Aplikasi Flash
|