JZ2000 : Projek Penerbitan Multimedia
http://jz2000.iwarp.com/penerbitan...................................................................... Senarai Buku

Senarai Buku : Macromedia Flash 5 (Siri 3)

Macromedia Flash 5 : Interaktiviti Menggunakan ActionScript
(Siri 3)
Harga : RM 29.00
Mukasurat : 258
ISBN : 983-2031-37-0
Penulis : Jamalludin Harun & Zaidatun Tasir

Keterangan Ringkas
Isi Kandungan
Contoh Bab
Fail Iringan

 

Keterangan Ringkas

Buku Macromedia Flash 5 : Interaktiviti Menggunakan ActionScript (Siri 3) ini ditulis khasnya bagi pembaca yang telah mempunyai pengetahuan serta pengalaman menggunakan perisian Macromedia Flash. Fokus utama buku ini ialah bagi membentuk kefahaman pembaca terhadap bahasa pengaturcaraan dalaman yang disediakan oleh Macromedia Flash iaitu ActionScript. Ia juga akan menerangkan dengan jelas setiap konsep utama yang perlu difahami dan seterusnya dikuasai oleh seseorang di dalam membangunkan sebuah halaman web atau aplikasi multimedia yang lebih menarik, dinamik dan interaktif.

Penerangan yang jelas disampaikan bagi setiap konsep yang perlu difahami serta dibantu dengan ilustrasi dan paparan imej yang berkaitan. Setiap latihan kerja pula dibimbing secara visual menerusi pendekatan langkah demi langkah bagi mengukuhkan lagi kefahaman seseorang pembaca. Penekanan juga diberikan dari masa ke semasa terhadap aspek-aspek utama berkaitan dengan konsep pengaturcaraan. Ini bagi memastikan pembaca benar-benar faham bukan sahaja dari aspek praktikal tetapi juga dari aspek teori dan konsep utama disebaliknya.

Isi Kandungan

Bab 01
Pengenalan kepada ActionScript

Bab 02
Asas Interaktiviti Menggunakan ActionScript

Bab 03
Interaktiviti Lanjutan Menggunakan ActionScript

Bab 04
Pembolehubah dan Operator

Bab 05
Properties

Bab 06
Teks Input dan Teks Dinamik

Bab 07
Teks Interaktif

Bab 08
Struktur Pilihan

Bab 09
Struktur Gelungan

Bab 10
Pelbagai Projek Menggunakan ActionScript

Bab 11
Flash Dinamik : CGI, ASP dan Pangkalan Data