JZ2000 : Projek Penerbitan Multimedia
http://jz2000.iwarp.com/penerbitan...................................................................... Senarai Buku

Senarai Buku : Adobe Photoshop 6 (Siri 2)

Menguasai Dunia Grafik Berkomputer : Adobe Photoshop 6 (Siri 2)

 

Harga : RM 29.50

Mukasurat : 269

ISBN : 983-2031-26-5

Penulis : Jamalludin Harun & Zaidatun Tasir

 

Keterangan Ringkas
Isi Kandungan
Contoh Bab
Fail Iringan

Keterangan Ringkas

Buku Menguasai Dunia Grafik Berkomputer : Adobe Photoshop 6 (Siri 2) dihasilkan untuk para pengguna yang ingin meneroka dunia multimedia amnya dan dunia grafik digital berkomputer khususnya secara lebih mendalam dan menyeluruh. Buku ini akan membawa pengguna mengembara dan menghalusi daya imiginasi dan kreativiti masing. Kaedah penyaluran maklumat yang digunakan di dalam buku ini adalah lebih kepada kaedah pendekatan berasaskan projek. Para pengguna akan dibimbing langkah demi langkah bagi menghasilkan projek-projek grafik dengan menggunakan perisian Adobe Photoshop 6.  

Penekanan juga akan diberikan dari masa ke semasa terhadap aspek-aspek utama berkaitan dengan grafik berkomputer dan teknologi multimedia disamping ciri-ciri serta kelebihan yang disediakan oleh perisian grafik tersebut. Ini bagi memastikan para pengguna mampu mengubahsuai konsep-konsep yang dipelajari agar boleh diaplikasikan kepada mana-mana projek penghasilan grafik yang lain khususnya bagi tujuan transformasi imej, rekabentuk antaramuka dan sistem navigasi, pembangunan perisian, halaman web dan sebagainya.

Isi Kandungan

Modul 1
Pengenalan kepada Adobe Photoshop 6.0

Tutorial 1: Pengenalan kepada Antaramuka PhotoshopCara Mengaktifkan Ikon di Toolbox dan
Hubungannya dengan Bar Pilihan
Mengaktifkan Ikon-ikon yang Tersembunyi
Fungsi Setiap Ikon
Fungsi-fungsi Tetingkap Palet

Modul 2
Menghasilkan Teks Pelbagai Bentuk
Tutorial 1: Menghasilkan Teks yang Selaras dengan Maksudnya
Tutorial 2: Menghasilkan Teks yang Bercorak
Tutorial 3: Menggabungkan Teks dengan Objek
Tutorial 4: Menghasilkan Teks Berbentuk Tiga Dimensi

Modul 3
Asas Penggabungan Imej
Tutorial 1: Membuka Fail-fail Imej yang Berkaitan
Tutorial 2: Mengaktifkan Sesuatu Imej
Tutorial 3: Mengaktifkan dan Menukar Orientasi Imej

Modul 4
Pengubahsuaian Warna Sesuatu Imej
Tutorial 1: Mengambil Sampel Warna dari Bahagian Tertentu pada Sesuatu Imej.
Tutorial 2: Mewarnakan Kawasan Latar Belakang Imej

Modul 5
Penggabungan dan Pengubahsuaian Imej Berasaskan Proses Tampalan
Tutorial 1: Memadamkan Elemen yang tidak diperlukan
Tutorial 2: Menampal Imej Menerusi Kaedah Pengklonan
Tutorial 3: Meletakkan Corak-corak Tambahan

Modul 6
Membentuk Imej Berunsur Imaginasi
Tutorial 1: Memadamkan Bahagian Tertentu pada Imej.
Tutorial 2: Mengubahsuai Rupabentuk dan Kecerahan Warna Sesuatu Imej
Tutorial 3: Mewarnakan Latar Belakang Imej
Tutorial 4: Menambahkan Teks pada Imej
Tutorial 5: Melukis Garisan pada Imej

Modul 7
Penghasilan Imej Berasaskan Manipulasi Layer
Tutorial 1: Memulakan Projek
Tutorial 2: Menyalin Sesuatu Imej dari Fail yang Lain ke dalam Fail yang Baru
Tutorial 3: Memindahkan Imej yang Kedua ke dalam Fail yang Baru
Tutorial 4: Mengubahsuai Orientasi Imej
Tutorial 5: Mewarnakan Imej dengan Warna Tonar atau Lorekan
Tutorial 6: Menukar Susunatur Imej
Tutorial 7: Menukar Opacity dan Mode bagi Imej pada Sesuatu layer
Tutorial 8: Menambahkan Teks dan Kesan Khas ke atas Layer
Tutorial 9: Menggabungkan Imej (Flattened Image)

Modul 8
Penghasilan Imej Berasaskan Proses Transformasi
Tutorial 1: Memulakan Operasi
Tutorial 2: Membentuk Corak dengan Menggunakan Arahan Define Pattern.
Tutorial 3: Menggunakan Kemudahan Transformasi bagi Mengubahsuai Sesuatu Imej
Tutorial 4: Mewarnakan Objek Pelbagai Perspektif.
Tutorial 5: Menggabungkan Pelbagai Imej ke dalam Satu Fail
Tutorial 6: Mengubahsuai Perspektif Pandangan Sesuatu Imej

Modul 9
Penghasilan Imej Menerusi Pensetaraan Saiz dan Pencahayaan
Tutorial 1: Menghasilkan Imej Baru yang Realistik

Modul 10
Pembinaan Antaramuka Perisian Multimedia dan Halaman Web
Tutorial 1: Menghasilkan Antaramuka Sistem Navigasi
Tutorial 2: Menghasilkan Antaramuka Halaman Web dengan Menggunakan Penuras Luaran

Modul 11
Penghasilan Ikon
Tutorial 1: Pensetaraan Imej-imej dari Segi Saiz dan Warna
Tutorial 2: Menghasilkan Ikon

Modul 12
Penghasilan Album Bergambar Menerusi Web
Tutorial 1: Mengumpulkan Fail Imej yang Ingin Digunakan
Tutorial 2: Menghasilkan Album Bergambar