JZ2000 : Projek Penerbitan Multimedia
http://jz2000.iwarp.com/penerbitan...................................................................... Senarai Buku

Senarai Buku : Microsoft Access XP (Siri 2)

 

Menguasai Perisian Pangkalan Data :
Microsoft Access XP (Siri 2)

Harga : RM 29.50

Mukasurat : 318

ISBN :

Penulis : Jamalludin Harun & Zaidatun Tasir

Keterangan Ringkas
Isi Kandungan
Contoh Bab
Fail Iringan

 

Keterangan Ringkas

Microsoft Access XP atau juga dikenali sebagai Microsoft Access 2002 merupakan salah satu komponen perisian yang diintegrasikan bersama ke dalam perisian Microsoft Office XP. Ianya merupakan sebuah perisian sistem pangkalan data yang amat popular di dunia dan digunakan oleh pelbagai lapisan masyarakat.

Buku Menguasai Perisian Pangkalan Data : Microsoft Access XP (Siri 2) ini merupakan sebuah buku yang patut dimiliki bagi anda yang ingin mendalami dan seterusnya menguasai keupayaan sebenar perisian Microsoft Access XP. Ianya merupakan lanjutan dari buku Microsoft Access XP Siri 1 yang telah membincangkan konsep asas serta panduan awal bagaimana menggunakan perisian Microsoft Access XP secara berkesan. Buku ini pula sebaliknya akan membincangkan tajuk-tajuk yang lebih kompleks khususnya bagi menghasilkan satu sistem pangkalan data yang lebih realistik, interaktif, fleksibel serta menepati keperluan semasa. Antara lain, buku ini akan memfokuskan kepada penggunaan query, form dan reports yang lebih kompleks, data access pages, macros, modules, pengasilan aplikasi dan sebagainya.

Isi Kandungan

Bab 01
Microsoft Access XP : Sepintas lalu

Pengenalan
Struktur dan rekabentuk Microsoft Access XP
Konsep asas aplikasi pangkalan data versi Run-time

Bab 02
Pembinaan Query : Lanjutan

Pengenalan
Membina Query berdasarkan faktor tertentu
Membina beberapa table yang mengandungi pelbagai data
Membina Query berdasarkan markah tertinggi
Membina Parameter Query
Membina parameter query berdasarkan nilai sesuatu medan
Membina parameter query bagi paparan rekod berdasarkan julat yang tertentu
Membina Action Query
Membina Action Query: Make-Table Query
Membina Action Query: Update Query
Membina Action Query: Append Query
Membina Action Query: Delete Query
Membina Query dalam Query

Bab 03
Pembinaan Query berasaskan SQL

Pengenalan
Operasi atau pernyataan asas SQL
Membina Query berasaskan SQL: Union Query
Query berasaskan SQL: Pass-Through Query
Membina Query berasaskan SQL: Data-Definition Query


Bab 04
Asas pembinaan pelbagai jenis Form interaktif

Pengenalan
Membina beberapa form yang interaktif
Membina Switchboard Form
Membina Switchboard Form kawalan butang
Membina Switchboard Form kawalan pautan
Membina Switchboard Form dengan menggunakan Switchboard Manager
Membina Splash Screen Form
Membina Lookup Form

Bab 05
Penambahan pelbagai elemen interaktif ke dalam Form

Pengenalan
Menambahkan elemen Combo Box pada Form
Menambahkan elemen Option Groups dan Option Buttons pada Form
Menambahkan elemen bantuan pada Form
Menambahkan imej pada Form
Menambahkan imej menerusi ikon Image Control
Menambahkan imej menerusi ikon Unbound Object Frame
Menambahkan imej menerusi ikon Bound Object Frame

Bab 06
Pembinaan pelbagai jenis Report : Lanjutan

Pengenalan
Membina Report menerusi mod Design View
Menambahkan elemen grafik ke dalam Report
Menambahkan maklumat tambahan ke dalam Report
Menambahkan elemen graf dan carta ke dalam Report
Membahagikan Report mengikut rekod data
Membina SubReport

Bab 07
Data Access Page : Paparan pangkalan data menerusi web

Pengenalan
Membina Data Access Page
Membina ConnectionFile
Mengubahsuai Data Access Page yang Telah Terhasil
Membina Data Access Page yang Mempunyai Kumpulan

Bab 08
Konsep asas pembinaan Macro

Pengenalan
Berkenalan dengan elemen yang terdapat pada Tetingkap Macro
Membina Macro membuka sesuatu Report di dalam mod Design View
Membina Macro mencetak sesuatu Report
Membina Macro memaparkan sesuatu Report
Membina Macro membuka sesuatu Table, Query, Form dan Data Access Page
Membina Macro memaparkan mesej
Membina kumpulan Macro
Membina Macro yang mempunyai kriteria
Membina Macro mencetak Report berdasarkan kriteria
Membina Macro yang menentukan nilai sesuatu medan
Membina Macro yang mengubahsuai bentuk data sesuatu medan

Bab 09
Pembinaan dan penggunaan pelbagai jenis Macro

Pengenalan
Meletakkan Macro pada butang
Meletakkan Macro pada Form dan Reports
Membina Macro membuka Form berdasarkan input pengguna
Membina Filter menerusi Macro
Membina Macro untuk proses import/eksport data
Melaksanakan Macro menerusi kekunci tertentu
Membina Toolbar bagi Macro
Menyemak pepijat pada Macro

Bab 10
Konsep asas pembinaan Module

Pengenalan
Perbezaan antara Macro dan Module
Berkenalan dengan elemen yang terdapat pada Tetingkap Module
Berkenalan dengan kod aturcara Visual Basic
Membina Standard Module
Membina Class Module
Mengistiharkan pembolehubah di dalam Module
Menghasilkan Function Procedure
Membina Macro yang melaksanakan Module
Membina salinan Macro dalam bentuk Module
Menambahkan elemen komen di dalam Module

Bab 11
Struktur pilihan dan gelungan dalam penghasilan Module

Pengenalan
Menggunakan ungkapan If Then Else
Menggunakan ungkapan Select Case
Menggunakan ungkapan gelungan Do Loop
Menggunakan ungkapan gelungan For Next

Bab 12
Pembinaan dan penyebaran aplikasi pangkalan data

Pengenalan
Membina aplikasi menggunakan kemudahan Startup
Membina aplikasi pangkalan data : versi Run-time
Membina AutoExec Macro
Menambahkan pilihan menu dan Toolbar ke dalam aplikasi
Menambahkan kata laluan kepada pangkalan data