JZ2000 : Projek Penerbitan Multimedia
http://jz2000.iwarp.com/penerbitan...................................................................... Senarai Buku

Senarai Buku : Macromedia Authorware 6 (Siri 3)



Macromedia Authorware 6 : Projek Interaktif Aras tinggi (Siri 3)
Dengan CD-ROM Interaktif

Harga : RM 32.50

Mukasurat : 244

ISBN :

Penulis : Jamalludin Harun & Zaidatun Tasir


Keterangan Ringkas
Isi Kandungan
Contoh Bab
Fail Iringan

Keterangan Ringkas

Buku Macromedia Authorware 6 : Projek Interaktif Aras Tinggi (Siri 3) ini membincangkan penggunaan fungsi dan pembolehubah di dalam Macromedia Authorware dengan memfokuskan kepada penghasilan aplikasi atau projek interaktif dalam situasi sebenar. Buku ini juga cuba untuk membentuk kemahiran serta penguasaan yang lebih mendalam terhadap penggunaan fungsi dan pembolehubah khususnya di dalam penghasilan pelbagai projek yang melibatkan interaktiviti pada aras yang lebih tinggi secara lebih realistik.

Antara projek yang akan dihasilkan menerusi latihan kerja di dalam buku ini ialah aplikasi kata laluan, carian serta semakan maklumat, alatan melukis, sistem navigasi dinamik dan fleksibel, pendidikan matematik, pembelajaran elektronik, bar kawalan markah, kuasa kawalan audio, rakaman suara, permainan teka silang kata, screen saver, kamus elektronik, buku catatan elektronik, borang soal selidik elektronik, komunikasi menerusi e-mel, kawalan Flash dan banyak lagi.

Buku ini juga memberi tumpuan kepada jalinan di antara Authorware dengan sokongan aplikasi luaran seperti penggunaan UCD, dynamic link library, ActiveX, ODBC, sistem pangkalan data, dan sebagainya. Semuanya ini diharapkan mampu meningkatkan lagi keupayaan sesebuah projek yang dibangunkan ke tahap atau kualiti yang jauh lebih tinggi.

Isi Kandungan

Bab 1
Projek Interaktif Aras Tinggi : Sepintas Lalu

Bab 2
Membina Aplikasi Sistem Pendaftaran Pengguna

Bab 3
Membina Alatan Melukis yang Ringkas

Bab 4
Membina Alatan Melukis yang Kompleks

Bab 5
Membina Beberapa Aplikasi Ringkas yang Menarik

Bab 6
Membina Bar Kawalan Markah

Bab 7
Membina Screen Saver

Bab 8
Membina Kamus atau Glossari

Bab 9
Membina Aplikasi Mencatat Nota Secara Elektronik

Bab 10
Membina Aplikasi Menghantar dan Menyimpan E-mel

Bab 11
Membina Borang Soal Selidik Secara Elektronik

Bab 12
Mengawal Perjalanan Audio dan Membina Aplikasi
Merakam Suara dengan Sokongan UCD

Bab 13
Mengawal Perjalanan Fail Macromedia Flash

Bab 14
Membina Permainan Teka Silang Kata

Bab 15
Menggunakan Kemudahan ActiveX dalam Pembangunan Aplikasi

Bab 16
Membangunkan Aplikasi dengan Kemudahan Sistem Pangkalan Data