Kandungan
Cakera Padat (CD-ROM)
Selain dari
program utama iaitu tutorial video interaktif, CD-ROM iringan
juga mengandungi semua fail sumber yang boleh digunakan bagi tujuan
rujukan dan juga latihan. Selain dari itu, ia turut mengandungi
contoh bahan dari buku Macromedia Authorware 6 siri-siri yang
lain sebagai rujukan tambahan untuk pembaca. Perisian sokongan
iaitu Acrobat Reader dan TechSmith Screen Capture Codec (TSCC)
juga turut disediakan sama bagi membolehkan para pengguna memainkan
aplikasi dengan lebih berkesan.
Semua fail
boleh dicapai di dalam direktori masing-masing di dalam cakera
padat seperti yang berikut :
Direktori
Video :
Direktori ini mengandungi semua tutorial video yang boleh dimainkan
terus dengan menggunakan perisian pemain video yang biasa (contohnya:
Windows Media Player dan sebagainya). Namun demikian anda digalakkan
memainkan ia terus menerusi aplikasi tutorial video interaktif
yang disediakan.
Direktori
Contoh :
Direktori ini mengandungi contoh bab dari setiap buku Macromedia
Authorware 6 : Siri 1, Siri 2 dan Siri 3. Ianya disimpan dalam
format Acrobat (.pdf).
Direktori
Fail Sumber :
Direktori ini mengandungi semua fail yang telah dihasilkan menerusi
latihan kerja di dalam buku Macromedia Authorware 6 : Projek Interaktif
Aras Tinggi (Siri 3).
Direktori
Installasi :
Direktori ini mengandungi fail installasi bagi perisian Acrobat
Reader (acrb32.exe) yang diperlukan bagi membaca contoh bab serta
fail installasi codec video : TechSmith Screen Capture Codec (tscc.exe)
yang diperlukan bagi membolehkan video tutorial dimainkan.
Tutorial
Video Interaktif
CD-ROM iringan yang disediakan mengandungi tutorial dalam format
video digital dengan suara latar serta grafik yang mengiringinya.
Ianya akan memaparkan secara audio-visual setiap proses kerja
yang berkaitan dengan setiap projek yang telah disediakan dalam
bentuk cetakan.
Berikut merupakan
skrin-skrin utama bagi aplikasi tutorial video interaktif tersebut
:
Skrin Pengenalan
Menerusi skrin ini, pengguna baru boleh melakukan proses installasi
codec video yang diperlukan. Ini bagi memastikan paparan video
tutorial boleh dipersembahkan kepada pengguna tanpa sebarang masalah.
Pengguna juga boleh terus memainkan tutorial dengan menekan butang
Mula yang disediakan.
Menu Utama
Mengikut Bab
Menerusi skrin ini, pengguna boleh memilih tutorial yang ingin
diikuti. Ianya disusun mengikut bab yang setara dengannya di dalam
buku ini.
Menu Pilihan
Video
Menerusi skrin ini pula, pengguna boleh memilih tutorial video
yang ingin diikuti berdasarkan tajuk yang disediakan di dalam
setiap bab.
Skrin Paparan
Tutorial Video Interaktif
Menerusi skrin ini, pengguna boleh mengikuti tutorial yang dipersembahkan
dalam format video interaktif (dengan suara latar).
Skrin Bantuan
Skrin ini memaparkan kepada pengguna panduan menggunakan aplikasi
serta bagaimana untuk mengawal perjalanan tutorial video yang
disediakan.
Skrin Maklumat
Tambahan
Skrin ini menerangkan secara ringkas mengenai buku Macromedia
Authorware 6 : Siri 1, Siri 2 dan Siri 3. Selain dari itu, senarai
isi kandungan serta pautan kepada contoh bab bagi setiap buku
turut disediakan di skrin ini.
Pilihan
Menu Tambahan
Pilihan menu tambahan dalam bentuk menu tarik ke bawah (pull down
menu) turut disediakan di dalam aplikasi tutorial ini.
Antara pilihan
menu yang disediakan bagi sokongan pengguna ialah :
Fail :
membolehkan pengguna memilih arahan untuk keluar atau menamatkan
aplikasi.
Menu :membolehkan capaian kepada setiap bab di dalam tutorial
dilaksanakan secara terus.
Bantuan : menyediakan panduan bagaimana untuk menggunakan
tutorial serta elemen di dalamnya.
Buku : menyediakan penerangan mengenai buku Macromedia
Authorware 6 : Siri 1, Siri 2 dan Siri 3. Contoh bab bagi setiap
buku turut disediakan pautannya di sini.
Installasi Perisian : menyediakan pilihan yang membolehkan
pengguna melakukan proses installasi perisian sokongan seperti
perisian Acrobat Reader dan perisian codec TSCC.
Penghargaan : menyediakan maklumat tambahan mengenai buku
dan CD-ROM iringan serta tenaga kerja yang terlibat di dalam proses
penghasilannya.
Hakcipta : maklumat mengenai hakcipta CD-ROM dan juga buku.
Pautan terus ke halaman web penulis dan penerbit turut disediakan
di sini.
|