JZ2000 : Projek Penerbitan Multimedia
http://jz2000.iwarp.com/penerbitan...................................................................... Senarai Buku

Senarai Buku :
Adobe Photoshop 7 : Fotografi Digital, Web dan Multimedia (Siri 2)



Adobe Photoshop 7 : Fotografi Digital, Web dan Multimedia (Siri 2)
Dengan CD-ROM

 

Harga : RM 34.50

Mukasurat : 298

ISBN :

Penulis : Jamalludin Harun & Zaidatun Tasir


Keterangan Ringkas
Isi Kandungan
Contoh Bab
Fail Iringan

Keterangan Ringkas

Buku Adobe Photoshop 7 : Fotografi Digital, Web dan Multimedia (Siri 2) ini disediakan terutamanya bagi pengguna yang telah mempunyai pengetahuan asas di dalam penggunaan perisian Adobe Photoshop. Ianya akan mempertekankan tajuk-tajuk yang lebih kompleks khususnya bagi menghasilkan projek grafik yang berkaitan dengan fotografi digital, pembangunan halaman web dan penghasilan aplikasi multimedia.

Di samping itu, penekanan juga akan diberikan di dalam menggunakan setiap kemudahan yang disediakan oleh Adobe Photoshop secara lebih optima. Latihan kerja menerusi pendekatan langkah demi langkah berasaskan projek akan membolehkan setiap pembaca memahami dan seterusnya menguasai Adobe Photoshop dengan lebih mendalam dan menyeluruh. Terdapat hampir 40 projek yang disediakan untuk diikuti oleh setiap pembaca meliputi perbagai kategori. Antara lain ianya akan membimbing setiap pembaca dalam menghasilkan perbagai kesan khas pada teks, kesan istimewa atau efek pada imej, penghasilan antaramuka perisian multimedia dan juga antaramuka halaman web, manipulasi imej, transformasi imej, panduan dalam proses merekabentuk grafik dan banyak lagi.

Isi Kandungan

Bab 1
Pengenalan kepada Adobe Photoshop 7

Pengenalan kepada Antaramuka Adobe Photoshop 7
Konsep dan Asas Penggunaan Toolbox
Fungsi-fungsi Tetingkap Palet

Bab 2
Asas Penghasilan Teks Pelbagai Corak

Projek 1 : Teks dengan Kesan Imej di dalamnya
Projek 2 : Teks dengan Gabungan Dua Imej di dalamnya
Projek 3 : Teks dalam Lengkungan

Bab 3
Pelbagai Teknik dalam Penghasilan Teks

Projek 1 : Teks dengan Corak atau Texture Pilihan
Projek 2 : Teks 3D dengan Menggunakan Kesan Cahaya
Projek 3 : Teks dengan Kesan Aqua Gel
Projek 4 : Teks dengan Kesan Pencahayaan
Projek 5 : Teks dengan Kesan Salji

Bab 4
Fotografi Digital : Konsep Cahaya & Warna

Projek 1 : Meminda Kecerahan Sesuatu Gambarfoto dengan Menggunakan Kemudahan Brightness/Contrast
Projek 2 : Meminda Kecerahan Sesuatu Gambarfoto dengan Menggunakan Kemudahan Curves
Projek 3 : Meminda Kecerahan serta Ton Warna Gambarfoto Menggunakan Kemudahan Curves
Projek 4 : Meminda Warna Tertentu pada Imej Menggunakan Kemudahan Hue/Saturation
Projek 5 : Pelbagai Teknik dalam Meminda Warna Tertentu pada Imej
Projek 6 : Meminda Warna pada Imej dengan MenggunakanKemudahan Quick Mask Mode

Bab 5
Fotografi Digital : Asas Penyediaan Bingkai Gambar

Projek 1 : Menghasilkan Kesan Terbakar sebagai Bingkai Imej
Projek 2 : Menghasilkan Pelbagai Corak sebagai Bingkai Imej
Projek 3 : Kesan Istimewa pada Imej dengan Menggunakan Kemudahan Channel

Bab 6
Fotografi Digital : Teknik Asas Menggabungkan Imej

Projek 1 : Asas Pemilihan, Pemindahan dan Penggabungan Imej

Membuat Pilihan Kawasan Menggunakan ikon Rectangular Marquee Tool
Membuat Pilihan Kawasan Menggunakan ikon Magic Wand Tool
Membuat Pilihan Kawasan Menggunakan ikon Lasso Tool

Bab
Fotografi Digital : Penghasilan Imej Berasaskan Proses Transformasi

Projek 1 : Penghasilan Imej Berdasarkan Proses Transformasi

Penyediaan Elemen serta Ruang Kerja bagi Proses Transformasi Imej
Membentuk Corak dengan Menggunakan Arahan Define Pattern
Menggunakan Kemudahan Transformasi Bagi Mengubahsuai
Sesuatu Imej
Mewarnakan Objek Pelbagai Perspektif dengan Ton Warna
Menggabung serta Mensetarakan Imej ke dalam Satu Skrin Kerja
dengan Menggunakan Kemudahan Transformasi
Menetapkan Saiz Imej yang Baru dengan Menggunakan
Kemudahan Transformasi

Bab 8
Fotografi Digital : Manipulasi Gambarfoto

Projek 1 : Pindaan Struktur Imej dengan Menggunakan Kemudahan Liquify
Projek 2 : Pindaan serta Pengubahsuaian Elemen Tertentu pada Imej
Projek 3 : Memadam serta Membuat Salinan Objek Menggunakan
Proses Pengklonan

Memadam Elemen Tertentu pada Gambarfoto
Menambah Elemen Tertentu pada Gambarfoto Menggunakan
Konsep Pengklonan Objek
Memasukkan Imej Baru Menggunakan Kemudahan Paste Into

Bab 9
Fotografi Digital : Pelbagai Teknik dalam Mengabungkan Imej

Projek 1 : Manipulasi Gambarfoto – Pindaan Dua Wajah
Projek 2 : Gabungan Imej Menggunakan Teknik Layer Mask
Projek 3 : Menghasilkan Kesan Gabungan Imej yang Lebih Realistik

Bab 10
Asas Penghasilan Grafik Antaramuka : Garisan Pemisah

Projek 1 : Menghasilkan Kesan Garisan Inset
Projek 2 : Menghasilkan Kesan Potongan Inset

Bab 11
Asas Penghasilan Grafik Antaramuka : Ikon dan Bar Navigasi

Projek 1 : Menghasilkan Sfera dengan Kesan Cahaya
Projek 2 : Menghasilkan Butang Navigasi dengan Kesan Cahaya
Projek 3 : Menghasilkan Sistem Navigasi dengan Kesan Kedalaman Warna
Panduan Umum Menggunakan Grafik Antaramuka yang Dihasilkan Secara
Lebih Berkesan

Bab 12
Asas Penghasilan Grafik Antaramuka : Latarbelakang Sistem Navigasi

Projek 1 : Menghasilkan Antaramuka bagi Sistem Navigasi 1
Projek 2 : Menghasilkan Antaramuka bagi Sistem Navigasi 2

Bab 13
Kesan Istimewa : Penggunaan Corak dan Penghasilan Kesan Refleksi

Projek 1 : Menghasilkan Kesan Grid TV
Projek 2 : Menghasilkan Kesan Bercorak pada Imej
Projek 3 : Penghasilkan Kesan Refleksi pada Objek

Bab 14
Kesan Istimewa : Kesan Pergerakan dan Kepantasan Objek

Projek 1 : Menghasilkan Kesan Pergerakan Objek
Projek 2 : Menghasilkan Kesan Kepantasan Pergerakan Objek

Bab 15
Pengurusan Imej Secara Efektif bagi Pembangunan Halaman Web

Projek 1 : Membahagikan Imej bagi Tujuan Penyebaran Menerusi Web

Menggunakan Ikon Slice Tool bagi Membuat Pemilihan Bahagian
Menggunakan Ikon Slice Select Tool bagi Meminda Pemilihan
Bahagian pada Imej
Memasukkan Elemen Interaktiviti pada Bahagian Imej
Menyimpan dan Menyebarkan Imej Halaman Web

Bab 16
Penghasilan Album Bergambar Menerusi Web

Projek 1 : Penghasilan Album Bergambar Menerusi Web

Mengumpulkan Fail Imej yang Ingin dipaparkan di dalam Album
Bergambar Menerusi Web
Menghasilkan Album Bergambar Menerusi Web

Bab 17
Mengguna serta Menghasilkan Actions

Menggunakan Kemudahan Actions
Mencapai Lebih Banyak Actions
Merakamkan Actions Anda Sendiri