JZ2000 : Projek Penerbitan Multimedia
http://jz2000.iwarp.com/penerbitan...................................................................... Senarai Buku


Kandungan Cakera Padat (CD-ROM)

Selain dari program utama iaitu tutorial video interaktif, CD-ROM ini juga mengandungi semua fail sumber atau imej yang boleh digunakan bagi tujuan rujukan dan juga latihan. Selain dari itu, ia turut mengandungi contoh bahan dari buku-buku yang telah kami hasilkan sebelum ini.

Perisian sokongan iaitu Acrobat Reader dan codec video juga turut disediakan sama bagi membolehkan para pengguna memainkan aplikasi dengan lebih berkesan. Semua fail boleh dicapai di dalam direktori masing-masing di dalam cakera padat seperti yang berikut :

Direktori Video :
Direktori ini mengandungi semua tutorial video yang boleh dimainkan terus dengan menggunakan perisian pemain video yang biasa (contohnya: Windows Media Player dan sebagainya). Namun demikian anda digalakkan memainkan ia terus menerusi aplikasi tutorial video interaktif yang disediakan.

Direktori Imej :
Direktori ini mengandungi semua fail imej yang boleh digunakan bagi mengikuti latihan kerja yang disediakan di dalam buku ini (dan juga buku Adobe Photoshop 7 : Siri 1)

Direktori Installasi :
Direktori ini mengandungi fail installasi bagi perisian Acrobat Reader (acrb32.exe) yang diperlukan bagi membaca contoh bab serta fail installasi codec video (tscc.exe) yang diperlukan bagi membolehkan tutorial video dimainkan.

Direktori Bahan :
Direktori ini mengandungi contoh bahan dari buku-buku hasil tulisan kami yang telah diterbitkan sebelum ini. Semuanya adalah dalam format Acrobat.

Tutorial Video Interaktif

CD-ROM iringan yang disediakan mengandungi tutorial dalam format video digital dengan suara latar serta grafik yang mengiringinya. Ianya akan memaparkan secara audio-visual setiap proses kerja yang berkaitan dengan setiap projek yang telah disediakan dalam bentuk cetakan.

Berikut merupakan skrin-skrin utama bagi aplikasi tutorial video interaktif tersebut :